Gesaan Muhyiddin Berundur Datang Dari Semua Peringkat Parti, Dakwa Ketua Bahagian

KUALA LUMPUR, 31 OKT 25 — Gesaan agar Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur datang daripada segenap lapisan anggota parti, dakwa Ketua Bahagian Bersatu Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali.

Katanya, gesaan itu dibuat bagi memulihkan kestabilan dan memperkukuh perpaduan berikutan tidak berpuas hati terhadap cara pengurusan konflik dalaman serta kemerosotan sokongan terhadap parti.

“Sekiranya Muhyiddin berundur sekarang, ia akan dianggap sebagai tindakan terhormat serta mencerminkan kepimpinan yang mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Gesaan ini bukan didorong oleh kebencian, sebaliknya merupakan peluang terakhir untuk parti melaksanakan penyusunan semula kepimpinan, memperkukuh kepercayaan dalam kalangan ahli serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Bersatu,” ujarnya.

Tambahnya, jika Muhyiddin terus mempertahankan jawatan tanpa sokongan majoriti, dikhuatiri Bersatu akan berdepan perpecahan dan kehilangan kekuatan politik menjelang pilihan raya akan datang, sekali gus menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN). @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share