Perjuangan Martabat Bahasa Melayu Ranjau ‘3D’, Kata Ahli Akademik

Foto – {odcast Khabarnya

KUALA LUMPUR, 17 Okt 25 – Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu hari ini perlu menempuhi onak ranjau 3D, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Menurutnya, sudah tiba masanya usaha memartabatkan Bahasa Melayu itu menjadi keutamaan dan tidak lagi sekadar bersifat ‘enak didengar’.

“Perjuangan saya dalan hal bahasa Melayu ini bersifat 3D. ‘Dangerous, difficult and dirty’. Seseorang perlu buat.

“Bukan saya berani tapi saya kira sudah sampai waktunya. ‘you must hold the bull by the horn’…tidak boleh lagi ‘sugar coating’,” tegasnya, dalam sesi audio siar Khabarnya.

Sesi itu dijalankan bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman.

“Saya boleh terima kalau ‘wishful thinking’, kalau ‘sugar coating’ saya pantang,” kata Teo lagi.

Shamsul turut berkata, sebagai peringatan kepada komuniti bukan Melayu, mereka seharusnya berpijak di bumi nyata yang mereka berada di Malaysia.

“Di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung, ” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share