
Orang Melayu hari ini sedang berhadapan kemelut perpecahan yang sangat ketara di antara parti parti politik yang ada di Malaysia.
Orang Melayu harus berani membuat perubahan jika mahu lihat penyatuan itu sendiri. Dan pemimpin pemimpin juga harus mainkan peranan yang sama dalam membuat perubahan.
Antara masalah yang membelenggu orang Melayu ialah mereka menunjukkan kurang minat dalam kesatuan dan mereka mudah berpecah. Sepatutnya orang Melayu perlu ubah minda untuk bina budaya musyawarah, menghormati pandangan yang berbeza serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Masalah yang kedua ialah orang Melayu berpolitik secara emosi dan bukannya rasional. Ini dapat di buktikan bahawa orang Melayu mudah di pengarahui oleh sentimen tertentu tanpa mengesahkan sesuatu maklumat atau berita itu sama ada betul atau pun salah.
Orang Melayu juga perlu mengubah strategi dari berpolitik untuk jangka pendek ke politik kepada jangka masa panjang.
Sekiranya politik jangka pendek ini menjadi amalan orang Melayu, percayalah bahawa kepentingan rakyat akan diabaikan kerana politik jangka pendek ini lebih fokus kepada untuk mendapatkan jawatan, kuasa dan bukannya perjuangan jangka panjang.
Orang Melayu juga harus dididik dengan politik yang matang dan berprinsip. Masalah terbesar orang Melayu hari ini mereka terlalu taksub dengan parti dan bukannya prinsip apatah lagi ada dikalangan mereka yang sanggup menghalalkan apa saja tindakan demi pertahankan parti walau pun ianya bercanggah dengan nilai murni.
Orang Melayu juga perlu disedarkan akan kepentingan politik sihat bagi membentuk masyarakat yang celik isu dan matang dalam membuat keputusan
Secara kesimpulannya bangsa Melayu ada potensi besar tetapi mereka harus berjiwa besar untuk melakukan perubahan, jika tidak, Melayu hanya tinggal nama sahaja tanpa kuasa. Nilai ini sepatutnya di semai dari diri sendiri, keluarga, menerusi pendidikan dan juga kepimpinan.
Azrol Mansor, Sungai petani