Browsing Tag
Perikatan Nasional
547 posts
Wan Fayhsal Yakin Formula BN-PN Mampu Cetus ‘Tsunami Biru’ Menjelang PRU16
"Sudah tentu ia tidak mudah. Namun formula ini berkesan jika berpegang kepada prinsip penyandang (incumbency). Sudah tentu akan ada ruang rundingan dalam kalangan pemimpin tertinggi mengenai pembahagian kerusi. Tetapi secara keseluruhannya, saya percaya proses itu akan berjalan dengan lancar menjelang pilihan raya akan datang," katanya.
Gelombang Biru Hebatkan Negeri Sembilan
Sebelum ini, telah ada usaha-usaha oleh pelbagai pihak untuk mewujudkan kerjasama antara parti-parti politik Melayu, khususnya antara UMNO dan PAS. Usaha-usaha tersebut menggunakan tema tertentu, contohnya ‘muafakat nasional’, ‘payung besar’ dan ‘rumah bangsa’.
Hamzah Merendah Diri, Sifatkan Kemenangan Calon Wawasan, Bersejarah Untuk Rakyat
"Apa yang kami lakukan ini adalah sesuatu yang, seperti yang saya pernah katakan, demi untuk masa depan rakyat. Bukan untuk kami pemimpin-pemimpin parti. Tetapi apa yang telah pun kami lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan seluruh rakyat di Negeri Sembilan dan insya-Allah seluruh negara," katanya.
Hadi: Kemenangan PN-BN Isyarat Rakyat Terima Agenda Penyatuan Ummah
“Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.
Wan Saiful Pelawa Ahli BERSATU Sertai Wawasan, Dakwa Parti Itu Semakin ‘Karam’
Beliau mendakwa Bersatu kini semakin hilang arah tuju dan menyifatkan parti itu sebagai sebuah "kapal" yang sedang karam, sambil menegaskan Parti Wawasan Negara bersedia menjadi wadah baharu kepada mereka yang mahu meneruskan perjuangan politik.
Ketua Pembangkang Melaka Sambut Baik Kerjasama BN-PN
Beliau menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu perkembangan yang positif dalam landskap politik semasa yang memerlukan kebijaksanaan untuk mencari titik persamaan demi kepentingan rakyat.
PRN N.Sembilan: Kerjasama BN-PN Diuji, Apa Nasib PH
Apa yang menarik, kelima-lima kerusi ini secara tidak langsung bakal menjadi barometer kepada ketepatan unjuran ILHAM Centre. Sekiranya PH berjaya mempertahankan kerusi-kerusi milik mereka dengan majoriti yang meyakinkan, ia boleh melemahkan tanggapan bahawa gelombang sokongan terhadap gabungan itu semakin merosot.
Calon PN Sikamat Mahu Tubuh Jawatankuasa Bertindak Jika Menang
Menurutnya, antara perkara pertama yang akan dilaksanakan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.
Tular Mesej Didakwa Libatkan MPT BERSATU, Cadang Kerjasama PH atau BN
Tangkap layar itu juga memaparkan perbincangan mengenai kemungkinan penggunaan logo BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, selain persoalan mengenai kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).
Kerjasama UMNO-PN Direstui Rakyat, Yang ‘Koyak’ Hanya Lawan – Mat Alwi
"Kita orang Melayu dan orang Islam peribumi negara ini sudah tidak boleh berpecah lagi. Kita telah lalui episod ini, bukan baru, sudah lama," katanya.