editor
3357 posts
Empat Ahli Parlimen Rujuk BERSATU Ke ROS, Dakwa Mesyuarat Tidak Sah
Sehubungan itu, mereka meminta ROS menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran terhadap Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan parti.
Ketua Armada Bahagian Seremban Letak Jawatan, Umum Keluar BERSATU
“Seiring dengan peletakan jawatan tersebut, saya juga ingin memaklumkan bahawa saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” menurut surat itu.
PRN Johor: Waktu Untuk Menilai Semula Institusi Gabungan
Politik bukan permainan mencari kambing hitam. Politik ialah seni membina semula kepercayaan. Bahtera yang dipukul ombak tidak semestinya karam kerana laut bergelora; kadangkala ia tenggelam kerana papan yang retak tidak pernah dibaiki.
Kalah PRN Johor: Ahli Akar Umbi BERSATU Desak Kepimpinan Pusat Berundur
"Walaupun keputusan pilihan raya dipengaruhi oleh pelbagai faktor, saya berpandangan bahawa pergolakan dalaman, krisis keyakinan terhadap kepimpinan serta kegagalan menampilkan sebuah parti yang bersatu dan stabil telah memberi kesan kepada persepsi rakyat terhadap BERSATU dan Perikatan Nasional," katanya.
UMNO Pimpin Negeri Sembilan, Rundingan Kerusi Akan Dimuktamadkan – PAS
"Kita sedang usaha kerjasama. Perbincangan yang terbaru sedang berjalan dan sangat positif," katanya pada sidang media
Hamzah Utus Ucapan Takziah Kepada Emir Qatar, Sifatkan Hamad Negarawan Berwawasan
Beliau menyifatkan Sheikh Hamad sebagai pemimpin yang memainkan peranan penting membangunkan Qatar moden sehingga muncul sebagai sebuah negara yang berpengaruh di peringkat global.
Kemelut BERSATU Punca Undi PN Merosot Di Johor – Wawasan Negara Johor
Menurut beliau, rakyat menilai keadaan sebenar yang berlaku dalam gabungan tersebut dan mahukan sebuah pakatan politik yang stabil, tersusun serta mampu menawarkan kepimpinan yang diyakini.
PH Gagal Yakinkan Rakyat Johor, Wawasan Negara Ucap Tahniah Kepada BN
Menurut beliau, kempen Pakatan Harapan (PH), khususnya yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih tertumpu kepada menyerang lawan politik berbanding menawarkan penyelesaian terhadap masalah rakyat.
Kemenangan BN Di Johor Bukan Gelombang UMNO Semata-Mata – Penganalisis
Beliau juga menyifatkan kegagalan semua calon parti BERSAMA mempertahankan deposit sebagai petunjuk bahawa pengaruh Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli, tidak seperti yang cuba digambarkan sebelum ini.
Rafizi Akui Peralihan Undi Kepada BN, Semua Calon BERSAMA Hilang Deposit
Datuk Seri Rafizi Ramli, mengakui berlaku peralihan undi yang ketara kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026, sekali gus menyebabkan semua calon parti itu gagal mempertahankan deposit.