Browsing Tag
PAS
411 posts
Annuar Pertahan Sanusi, Dakwa Ucapan Telah Diputar Belit
"Ucapan itu adalah dalam konteks perlunya orang Melayu bersatu padu mempertahankan tanah airnya, satu-satunya tanah asal (ancestral land) mereka. Ia bersifat mendorong sentimen nasionalisme dan cintakan tanah air orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan.
Hadi Jelaskan Sebab PAS Bekerjasama Dengan BN
Beliau berkata, perkembangan itu menyebabkan PAS mengambil langkah memperkukuh PN dengan menerima Parti Wawasan Negara serta meneruskan kerjasama dengan BN yang didominasi UMNO bagi menangani perpecahan politik Melayu.
Jalaluddin: Rekod Buktikan Dakwaan “PAS Parti Fanatik” Tidak Benar
Menurut Jalaluddin, walaupun PAS belum mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan Persekutuan, rekod pentadbirannya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menunjukkan tiada isu pergaduhan kaum atau diskriminasi terhadap masyarakat bukan Melayu.
Wan Fayhsal: Muafakat Politik Baharu Perlu Wujud, Elak Undi Melayu Berpecah
“Saya nampak benda ini ada sesuatu yang semua pihak sedar dan Barisan Nasional pun sedar yang mereka belum lagi mencapai kekuatan yang sebenarnya. Jadi mereka perlu ditolong, dibantu oleh rakan yang ikhlas seperti Perikatan Nasional,” katanya.
PAS Sokong Tindakan Tutup Network School, Gesa Proses Due Diligence Diperkukuh
Selain itu, beliau turut menggesa proses semakan latar belakang (due diligence) terhadap pelaburan, organisasi dan individu asing diperkukuhkan bagi memastikan aspek keselamatan negara, kedaulatan, pematuhan undang-undang serta kepentingan rakyat sentiasa dipelihara.
Dewan Ulama PAS: Kerjasama PRN NS Pemangkin Penyatuan Ummah
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, muafakat yang terjalin menjelang Pilihan Raya Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 merupakan satu perkembangan positif yang mampu menjadi pemangkin kepada penyatuan politik umat Islam di negara ini.
Sangkal Dakwaan PN ‘Toksik’, Hamzah Ingatkan Muhyiddin Jangan Lupa Sejarah
"Tanpa PAS, Tan Sri Muhyiddin tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Tanpa UMNO, Tan Sri Muhyiddin juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Janganlah menuduh orang toksik dan sebagainya. Kita kena ingat sejarah bagaimana parti-parti lain membantu sehingga kita boleh menjadi Perdana Menteri," katanya.
Signal Zahid: Bukan Sekadar Jentera, UMNO-PAS Harap Sokongan Pengundi Diterjemah
“Sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, kita juga tentu akan melakukan perkara yang sama. Dan kita harap bukan hanya jentera tetapi pengundi-pengundi di kedua-dua pihak agar dapat menerjemahkan dukungan keputusan daripada kedua-dua parti gabungan ini,” katanya.
Muhyiddin: PN ‘Toksik’, Dakwa Penolakan Terhadap PAS Punca BERSATU Kalah di Johor
“But when we go on contest under perikatan nasional punya logo, marah tak marah dia bukan kenal. Pasal dalam kertas tu bukan ada warna merah, warna kita. Sama je. Jadi bila dia tak suka PAS, macam dia tak suka kita, jadi dia tak ada pilihan.
Kerjasama BN-PN N. Sembilan Langkah Awal Penyatuan Ummah Hadapi PRU16, Kata Isham Jalil
Beliau berkata, sekiranya formula kerjasama tersebut membuahkan hasil di Negeri Sembilan, ia berpotensi dikembangkan ke negeri lain termasuk Melaka sebelum dibawa ke peringkat Persekutuan menjelang PRU16.