Browsing Tag
Perikatan Nasional
561 posts
Samsuri: “Kita Bukan Main Liga Kampung”, Putus Hubungan Dengan BERSATU Selepas Analisis Mendalam
Menggunakan analogi permainan catur, Samsuri berkata PAS tidak lagi boleh membuat keputusan berdasarkan situasi semasa semata-mata, sebaliknya perlu menilai implikasi dua, tiga, empat malah lima langkah ke hadapan sebelum menentukan tindakan yang akan diambil.
Media Luar Lihat Perpecahan PAS-BERSATU Titik Permulaan Penjajaran Baharu Politik Melayu
SCMP berpandangan bahawa perpecahan tersebut meletakkan masa depan PN dalam keadaan tidak menentu dan pada masa yang sama mengukuhkan persepsi bahawa PAS kini muncul sebagai pemain paling berpengaruh dalam kalangan parti pembangkang.
PN Sukar Bergerak, BERSATU Didakwa Tolak Pandangan Rakan Sekutu – Adun Sura
"Dalam banyak perkara yang kita rancang, ia tidak boleh berjalan. Nasihat kita tidak mahu ikut. Nak suruh dengar nasihat dia sahaja, nak suruh dengar kata-kata dia sahaja," katanya dalam satu hantaran video di Facebook.
Pimpinan BERSATU Hulu Langat Keluar Parti
"Kami berasa sangat malu dan terkesan di atas tindak tanduk yang dilakukan oleh pimpinan BERSATU yang akhirnya menyebabkan penyatuan ummah yang dirangka terus disabotaj dan mengheret Perikatan Nasional ke kancah ketidaktentuan," kata mereka lagi.
Wan Saiful Bongkar “Tahyul Politik” Muhyiddin Yassin
Wan Saiful mendedahkan bahawa cadangan penubuhan PN telah digerakkan oleh beberapa individu lain yang mengemukakan idea tersebut kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Samsuri Tegaskan PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, Hala Tuju Mesti Diputuskan Ikut Perlembagaan
“Sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan,” katanya.
Ramai Tokoh Terlibat Tubuh PN, Bukan Milik Eksklusif Mana-mana Parti – Chegubard
“Mereka inilah pengasas kepada Perikatan Nasional. Malah pemimpin MIC pun ada dalam senarai pengasas,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, facebook.
13 Ahli Parlimen Desak BERSATU Keluar PN, Dakwa Parti Jadi Liabiliti Kepada Gabungan
Seramai 13 Ahli Parlimen yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) mendesak supaya parti itu segera keluar atau disingkirkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan dakwaan bahawa kepimpinan parti telah menjadi beban kepada gabungan pembangkang tersebut.
Johor Medan Ujian Keupayaan PN Tawan Putrajaya
PN perlu tampil dengan naratif yang lebih besar, iaitu menawarkan harapan, kestabilan dan keyakinan bahawa mereka mempunyai pasukan yang bersedia mentadbir negeri dan negara.
PAS-BERSATU Berpisah, RESET Dijangka Isi Ruang Politik Baharu – Penganalisis
Beliau turut menarik perhatian kepada hakikat bahawa pengumuman PAS menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU dibuat hanya beberapa hari sebelum Konvensyen RESET Malaysia yang dijadual berlangsung di Tanah Merah, Kelantan pada 13 Jun ini.