editor
3357 posts
Calon PN Sikamat Mahu Tubuh Jawatankuasa Bertindak Jika Menang
Menurutnya, antara perkara pertama yang akan dilaksanakan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.
Pengundi Cina dan India Mula Beralih, PH Tak Lagi Terima Sokongan Automatik – ILHAM
Menurut laporan itu, rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina didorong oleh beberapa isu nasional, termasuk pelaksanaan e-invois, pelarasan subsidi, polisi percukaian dan persepsi bahawa proses reformasi institusi bergerak terlalu perlahan.
ILHAM Centre Jangka BN-PN Kuasai Negeri Sembilan, PH Berdepan Laluan Sukar
ILHAM Centre menjangkakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi membentuk kerajaan negeri yang stabil di Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2026 berdasarkan pola sokongan semasa yang direkodkan sepanjang tempoh kajian lapangan dijalankan.
MB Bayang Kemungkinan PRK di Selangor, Tunggu Keputusan Speaker
Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat selepas penelitian lanjut dilakukan, termasuk mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang.
Tok Mat Seru Parti Melayu Ketepi Perbezaan, Elak Undi Berpecah
"Kalau kita pergi solo sekarang, kemungkinan kita kecewa lagi sekali. Parti-parti teras Melayu akan bertumbung sesama sendiri. Maka maka pecahlah undi Melayu. Jadi kita akan rugi," katanya.
Tular Mesej Didakwa Libatkan MPT BERSATU, Cadang Kerjasama PH atau BN
Tangkap layar itu juga memaparkan perbincangan mengenai kemungkinan penggunaan logo BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, selain persoalan mengenai kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).
KP UMNO Persoal Percanggahan Audit TH, Minta Penjelasan PM-Menteri Kewangan
"Jika audit yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara itu salah dan menyeleweng, maka bolehkah kita percaya dengan semua audit yang dijalankan ke atas semua badan berkanun kerajaan dalam negara kita?
RCI Persoal JAN Beri Sijil Bersih Kepada TH
"Sepatutnya untuk tahun kewangan 2017, JAN tidak sepatutnya memberi Sijil Audit Bersih." Demikian menurut laporan RCI.
RCI Dedah Amalan ‘Perakaunan Kreatif’ di TH
RCI berkata pendekatan tersebut menyebabkan nilai aset yang digunakan bagi pengiraan hibah menjadi lebih tinggi berbanding nilai yang dinyatakan dalam penyata kewangan beraudit.
Waytha Pertikai Mohon Maaf Anwar, Dakwa Hanya Usaha ‘Damage Control’
"Permohonan maaf ini bukanlah suatu penyesalan yang ikhlas. Sebaliknya, ia hanyalah satu usaha politik untuk mengawal kerosakan yang berlaku selepas beliau menyedari bahawa pengundi India bersedia menghukum Pakatan Harapan dalam pilihan raya Negeri Sembilan," katanya.